Thursday, March 17, 2011

Dosa Silam

Mase ondeway ke opis pagi tadi, aku terdengar 'Merisik Khabar' di radio Era.FM. So pagi ni Pak Nil telah merisik khabar seorang wanita, isteri, ibu kepade 3 orang anak. Isi kandungan ceritanya setelah diringkaskan adelah mengenai wanita itu yang sebelum berkahwen ialah seorang wanita yang terlalu sosial dan pernah terlanjur.

Perkahwinan wanita ini dengan suaminya juga adelah akibat dari keterlanjuran mereka. Seteleh berkahwen, wanita ini sangat setia kepade suaminya tetapi malangnye suaminya pule curang dibelakangnya, dan setahun selepas itu baru wanita ini mengetahui perihal sumbang suaminya. 

Sepanjang perkahwinan mereka yang telah menjangkau usia 10 tahun dan dikurniakan 3 orang anak itu, suaminya sentiasa mengungkit kisah2 silam isterinya itu dan pernah juga isterinya itu meminum racun untuk melihat sejauh mane cinta dan kasihnya suami ke atas dirinya.

Ape yang dapat aku simpulkan ialah berfikir sebelum melakukan sesuatu, kerana kita tidak tahu impak serta kesan kesilapan kite itu besar mane. Kite bebas untuk memilih jalan hidup, care hidup tetapi kite juge perlu tahu kita ade garis panduan serta wajib tahu kemane hale tujuan kite akhirnya nanti.

Seperti kes di atas mengingatkan aku kepade seorang ustazah yang menceritakan dosa berzina ibarat menanggung dosa 7 keturunannya berzina. Aku tak ade hadis serta dalil untuk dirujuk.

Semoga kite terpelihara dari melakukan dose2 besar, sesungguhnya mati itu pasti dan syurga neraka itu benar.


No comments: